Isnin, 22 April 2013

PENGENALAN TOAC


PENGENALAN TOAC
Tursina Outdoor Adventure di tubuhkan di atas minat yang mendalam dalam bidang rekreasi lasak dan kecergasan  kerana pengasasnya pernah berkhidmat di dalam Pasukan Khas Malaysia dan menjadi jurulatih di pusat latihan khusus yang melahirkan (team-team) elite Malaysia di samping berkhidmat sebagai jurulatih di Jabatan Perdana Menteri dan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia .
Pada awal penubuhan,kami di tawarkan sebagi fasilitator dan jurulatih, penganjur beberapa program mendaki gunung, berkayak, perkemahan dan beberapa kursus belia bina insan.  Dari masa ke semasa berbekalkan sambutan yang menggalakan dari beberapa agensi kerajaan, sekolah-sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO’s) kami mengorak langkah mendaftar syarikat Tursina Outdoor Adventure sebagai sebuah syarikat untuk menawarkan perkhidmatan perunding aktiviti rekreasi dan yang berkaitan kepada orang ramai.
Kini kami sedia menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional untuk memuaskan kehendak pelanggan khususnya peminat rekreasi dan ekopelancongan untuk sama-sama berkongsi keseronokan pembagunan latihan, kemahiran serta minat dan menyegarkan minda individu mahupun kumpulan.
Kami menawarkan perkhidmatan seperti menjadi konsultan menjalankan kursus-kursus, bengkel dan seminar serta mengurus dan mengendalikan pakej-pakej rekrasi, pembinaan pasukan, kursus motivasi, aktiviti laut (scuba diving,snorklling) aktiviti berbasikal, program sosial, pengembaraan ‘adventure’ dan lain-lain.
Tursina Outdoor Adventure Consultant sentiasa mementingkan keselamatan semasa program dengan mengikut standard operation procedure (SOP) yang telah ditetapkan, disamping kepuasan menarik dan indah yang bakal di dapati oleh individu atau berkumpulan dan juga sebuah organisasi, selaras dengan itu kami sentiasa merancang dan membuat perubahan dalam penambahbaikan pengurusan bagi meningkatkan lagi keupayaan di masa akan datang.


VISI TOAC
Tursina Outdoor Adventure menjadi wadah dalam pembentukan modal insan yang cemerlang sejajar dengan merealisasikan wawasan negara maju 2020.
MISI TOAC
1.    Menyediakan perkhidmatan perancangan perunding yang berkualiti tinggi dalam  program berekreasi yang mencabar minda dan kecergasan serta pembagunan modal insan dalam ekopelancongan tempatan.
2.    Beriltizam melahirkan insan yang berketrampilan, berdisiplin, berbakti dan memiliki jati diri yang gemilang.

OBJEKTIF
1.    Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk aktiviti rekreasi luar bilik (outdoor) dan menerapkan nilai-nilai murni dan etika reakreasi semasa dalam segala aktiviti dijalankan.
2.    Memberi keyakinan diri dan memperkenalkan aktiviti berupa berenang, selam rekreasi, menyelamat di air, berkayak dan segala aktiviti yang melibatkan air.
3.    Menyalur segala bentuk keilmuan dan kemahiran dalam berekreasi termasuk ilmu kehutanan, alam semulajadi, ikhtiar hidup dihutan dan paya.
4.     Mewujudkan kerja berkumpulan dalam berekreasi (team work) tanpa mengira bangsa dan agama.
5.     Memberi pendedahan kepada peserta aktiviti-aktiviti rekreasi yang mampu dimanafaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.


KURIKULUM/PERKHIDMATAN 
PENGISIAN DAN KURIKULUM PROGRAM
KURIKULUM TERAS

1)      Ketatanegaraan
2)       Kerohanian/Moral
3)      Senaman Pagi dan Kecergasan
4)      Khidmat Masyarakat
5)      Kekitaan dan kesejahteraan




KURIKULUM PILIHAN

AKTIVITI DARAT
AKTIVITI ARAS TINGGI
AKTIVITI AIR
LDK

1.Jungle Trekking
2.Ikhtiar hidup di hutan
3.Ikhtiar hidup di paya
4.Orientering
5.Night Walk
6.Pendengaran di waktu malam
7.Ikatan dan Simpulan
8.Mendaki gunung
9.Pandu arah
10.Bantu mula
11.Kawad kaki

1.Flying Fox
2.Mendaki Tebing
3.Abselling
4.Repelling

1.Scuba Diving
2.Snorkling
3.River crossing
4.Keyakinan di air
5.Merunut sungai
6.Berkayak
7.Berakit

1.Dinamik Games
2.Motivasi
3.Explorace
4.Ceramah
5.Jati diri


PAKEJ
*Perunding program motivasi
*Perkemahan Kem Ibadah.
*Pelancongan dan Rekreasi.
*Perkemahan Pelajar.
*Ekspedisi Berbasikal
*Berkayak Reakrasi
*Mendaki Gunung
*Kepimpinan dan Jati diri Pelajar
*Team Building
*Menguruskan Hari keluarga.
*Tursina Outdoor Adventure Consultant" terdiri dari beberapa jurulatih yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi mereka juga adalah penggiat sukan dan rekreasi di air dan darat.

ABD AZIZ BIN MOHAMAD
(Managing Director/Facilitator/Instructor)
Pernah berkhidmat dengan  pasukan khusus Malaysia  bertugas sebagai penyelia kursus dan jurulatih di pusat latihan khusus, menjadi jurulatih di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai penyelia operasi dan latihan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.  Di iktiraf Sijil Kepimpinan Luar Rekreasi Tahap Satu,Tahap Dua,Tahap Tiga,TOT tali tinggi dengan Persatuan Mendaki Malaysia dan Sijil Modul Fizikal oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.  Mempunyai kemahiran dalam bidang rekreasi luar mempunyai sijil Basic Trauma Life Support berkemahiran dalam CPR’Attachment’ dengan kerjasama Jabatan Pertahan Awam dan Hospital Melaka, berpengalaman dalam bidang scuba diving (PADI).
Tenaga penggerak pada latihan-latihan oleh Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan pernah bertugas sebagai pemantau di pusat latihan asas tentera darat (PUSASDA) selama 3 tahun.
Mempunyai kemahiran dalam bidang rekreasi seperti menyelam, pendakian gunung, berkayak, ikhtiar hidup di hutan dan paya,terjun payung dan perahu layar.  Pernah menganjurkan kursus-kursus Team Building bagi agensi kerajaan dan motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah.
















MOHAMAD IRWAN BIN MOHAMAD
(Fasilitator/Instructor)
Lulusan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Pengurusan Perhotelan. Mempunyai pengalaman dalam bidang selam scuba dan rekreasi.
Memiliki lesen Jurulatih Renang yang di iktiraf oleh Persatuan Renang Amatur Malaysia (Amateur swimming Union of Malaysia) dan Pingat Gangsa renang oleh Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (Life Saving Society Malaysia).
Berpengalaman dalam melatih pelajar selam scuba dengan memiliki Lesen Penyelam Scuba(open water), Advance Scuba dan Rescue Scuba dan Penyelamat Kelemasan Di Air.
Di iktiraf sebagai Provider Emergency Trauma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang di anjurkan bersama oleh Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tahun 2009.  Dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan CPR.
DI iktiraf Sijil Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap Satu,Tahap Dua dan Tahap Tiga oleh Kementerian Belia Dan Sukan.  Mempunyai kemahiran dalam bidang rekreasi seperti wall/rock climbing, pendakian gunung, kayak, water rafting dan pernah menjadi jurupandu pendaki di Gunung Ledang, Johor, di bawah Perbadanan Taman Negara Johor.  Pernah menganjurkan kursus Team building bagi agensi dan mempunyai kemahiran Ascending and Descending,serta kemahiran pengendalian tali.
Pernah menjadi Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam Modul Fizikal selama 2 tahun.
SITI MURNI BINTI M ZAWAWI
(Fasilitator/Motivator)
Lulusan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Kimia Petroleum (Sarjana Muda), Pemangkinan (Master Sains) dan semester akhir jurusan Kimia Fizik (Doktor Falsafah) di Universiti Malaya (UM).
Berpengalaman menguruskan perjalanan delegasi mesyuarat ke luar negara dan turut menjadi penterjemah sambilan dengan Badan Bukan Kerajaan antarabangsa “Humanatarian Dialogue Centre”, yang berpusat di Geneva, Switzerland.
Sebelum ini pernah menyertai kem Biro Tatanegara (BTN) dan perkhemahan “Eksplorasi Pulau Perhentian” pada tahun 2001 yang turut melakukan aktiviti berkayak dan mendaki bukit.



1 ulasan: