Isnin, 29 April 2013

MARI BELAJAR MENYELAM


Tursina Outdoor Adventure (TOA)
No Pendaftaran : MA0173427 – W
NO TEL : 013 – 6533129      
FB Tursina Outdoor Adventure
FB Ulk Malay


MARI BELAJAR MENYELAM DAN BERENANG
Syarat-syarat
Sihat anggota badan dan mengisi borang perubatan                    

*  Semua orang boleh belajar menyelam:

Dewasa,pelajar sekolah rendah dan menengah dan
Orang kelainan upaya.

Pakej belajar di kolam renang teori/prektikal beserta
2 hari 1 malam di pulau.



Pakej ini bagi memudahkan semua lapisan masyarakat untuk menceburi sukan
Selam  SCUBA.

*              PAKEJ BELAJAR MENYELAM OPEN WATER

*              PAKEJ MENGAJAR DAN MENTAULIAH PENYELAM OPEN WATER

*              PAKEJ BELAJAR  MENCUBA SUKAN MENYELAM DI KOLAM RENANG
                (DISCOVERY SCUBA)

*              BELAJAR BERENANG



Pakej c – kombo

BELAJAR MENYELAM OPEN WATER DAN ADVANCE 
OPEN WATER
(3 HARI 2 MALAM) SALANG PULAU TIOMAN SAHAJA.

RM 1,459  (MINIMUM 2  ORANG ATAU LEBIH)
*TERMASUK TIKET FERRY (PERGI DAN BALIK)
*PENGINAPAN SHARING
*SARAPAN PAGI 3X,MAKAN TENGAHARI 3X  MAKAN MALAM 2X.
*SEWAAN PERALATAN.PENDAFTARAN LESEN SCUBA,BUKU LOG.
*PINJAMAN:
BUKU MANUAL,LATIHAN TIORI,PRAKTIKAL.

#  LATIHAN AMALI  POOL DI SEREMBAN DAN JOHOR 



BAHARUPAKEJ A MURAH, SELESA DAN JIMAT ( 2 HARI 1 MLM ) SALANG PULAU TIOMAN

KURSUS RESCUE DIVER RM 1499.00

Termasuk:-
1.     Teori,Praktikal,Ujian-latihan selaman
2.     Makan Minum,(sarapan pagi, makan tgh, malam)
3.     Pengangkutan Tiket Ferry Pergi dan Balik Mersing Tioman
4.     Bot Penyelam
5.     Sewaan Peralatan Selam
6.     Pendaftaran Lessen Open Water
7.     Penginapan (sharing aircon)
8.     Buku Manual

Percuma lessen EFR



















 


Pakej A– ADVANCE OPEN WATER
ADVANCE OPEN WATER
(2 HARI 1 MALAM) SALANG PULAU TIOMAN SAHAJA.

RM 950  (MINIMUM 2  ORANG ATAU LEBIH)
*TERMASUK TIKET FERRY (PERGI DAN BALIK)
*PENGINAPAN SHARING
*Nitrox lesson

*Sewa peralatan bot dive,
Shore dive 




Pakej B– ADVANCE OPEN WATER

ADVANCE OPEN WATER
(2 HARI 1 MALAM) SALANG PULAU TIOMAN SAHAJA.

RM 795  (MINIMUM 2  ORANG ATAU LEBIH)
* PENGINAPAN SHARING JURULATIH
* Nitrox lesson

*Sewa peralatan bot dive,
Shore dive 







Isnin, 22 April 2013

BANTU MULA

Kini! Sudah tiba masanya untuk anda melengkapkan diri dengan ILMU PERTOLONGAN CEMAS. Selain dapat membantu diri anda MENYELAMATKAN NYAWA INSAN TERSAYANG semasa kecemasan akibat kemalangan ataupun serangan penyakit, ia juga dapat menjadikan diri anda lebih YAKIN di dalam MEMIKUL TANGGUNGJAWAB menjaga insan-insan tersayang di bawah jagaan anda. Kami juga menyedia program pembinaan kumpulan bagi membina semangat kekitaan, memberi pengurusan merancang strategi, memanfaatkan kekuatan daripada kepelbagaian tenaga kerja seterusnya dapat meningkat prestasi organisasi.

AKTIVITI MENDAKI GUNUNG

Mendaki gunung adalah kombinasi olahraga dan kegiatan rekreasi untuk mengatasi tantangan dan bahaya pada lereng dan jurang untuk mendapatkan pemandangan yang indah dari puncaknya walaupun harus melalui kesulitan ataupun memanjat tebing menjelang puncaknya. Mendaki gunung menawarkan eksplorasi keindahan alam. Melatih kita melakukan persiapan menghadapi masalah, memberikan kewaspadaan, kesabaran, kepercayaan diri, dan kerja berkumpulan. Itu lah harapan TOAC.

WATER CONFIDENT

Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Kami menyedia kursus dan latihan selam scuba, latihan renang, aktiviti air untuk pelajar sekolah sama ada secara individu dan dalam bentuk kumpulan.
Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Kami menyedia kursus dan latihan selam scuba, latihan renang, aktiviti air untuk pelajar sekolah sama ada secara individu dan dalam bentuk kumpulan.

AKTIVITI TURSINA

KAD PERNIAGAAN

TOAC CALENDAR

PROFIL SYARIKAT TOA



PROFIL SYARIKAT TOA

Nama Syarikat                                :Tursina Outdoor Adventure  (TOA)
Name of Company

Nombor Pendaftaran                   : MA 0173427-W
Registration Number

Jenis Perniagaan                             : Jururunding  Rekreasi ,Akuatik,movasi dan kecergasan
                                              
Nature of Business                          Dalam Ekopelancongan.

Email                                                    :tursinaoacaziz2012 @yahoo.com
Email address                                    ulkmalay8813@yahoo.com
Blog                                                      : www.simplesite.com/tursinaoac2012

Alamat                                                : Tursina Outdoor Adventure   
Addres                                                  Lot 11270,Kg, Serom 5 Hulu,Sungai mati,
                                                                  84410,Muar,Johor.

Telefon                                                               :  013-6533129
(Business Contact)

PENGENALAN TOAC


PENGENALAN TOAC
Tursina Outdoor Adventure di tubuhkan di atas minat yang mendalam dalam bidang rekreasi lasak dan kecergasan  kerana pengasasnya pernah berkhidmat di dalam Pasukan Khas Malaysia dan menjadi jurulatih di pusat latihan khusus yang melahirkan (team-team) elite Malaysia di samping berkhidmat sebagai jurulatih di Jabatan Perdana Menteri dan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia .
Pada awal penubuhan,kami di tawarkan sebagi fasilitator dan jurulatih, penganjur beberapa program mendaki gunung, berkayak, perkemahan dan beberapa kursus belia bina insan.  Dari masa ke semasa berbekalkan sambutan yang menggalakan dari beberapa agensi kerajaan, sekolah-sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO’s) kami mengorak langkah mendaftar syarikat Tursina Outdoor Adventure sebagai sebuah syarikat untuk menawarkan perkhidmatan perunding aktiviti rekreasi dan yang berkaitan kepada orang ramai.
Kini kami sedia menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional untuk memuaskan kehendak pelanggan khususnya peminat rekreasi dan ekopelancongan untuk sama-sama berkongsi keseronokan pembagunan latihan, kemahiran serta minat dan menyegarkan minda individu mahupun kumpulan.
Kami menawarkan perkhidmatan seperti menjadi konsultan menjalankan kursus-kursus, bengkel dan seminar serta mengurus dan mengendalikan pakej-pakej rekrasi, pembinaan pasukan, kursus motivasi, aktiviti laut (scuba diving,snorklling) aktiviti berbasikal, program sosial, pengembaraan ‘adventure’ dan lain-lain.
Tursina Outdoor Adventure Consultant sentiasa mementingkan keselamatan semasa program dengan mengikut standard operation procedure (SOP) yang telah ditetapkan, disamping kepuasan menarik dan indah yang bakal di dapati oleh individu atau berkumpulan dan juga sebuah organisasi, selaras dengan itu kami sentiasa merancang dan membuat perubahan dalam penambahbaikan pengurusan bagi meningkatkan lagi keupayaan di masa akan datang.


VISI TOAC
Tursina Outdoor Adventure menjadi wadah dalam pembentukan modal insan yang cemerlang sejajar dengan merealisasikan wawasan negara maju 2020.
MISI TOAC
1.    Menyediakan perkhidmatan perancangan perunding yang berkualiti tinggi dalam  program berekreasi yang mencabar minda dan kecergasan serta pembagunan modal insan dalam ekopelancongan tempatan.
2.    Beriltizam melahirkan insan yang berketrampilan, berdisiplin, berbakti dan memiliki jati diri yang gemilang.

OBJEKTIF
1.    Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk aktiviti rekreasi luar bilik (outdoor) dan menerapkan nilai-nilai murni dan etika reakreasi semasa dalam segala aktiviti dijalankan.
2.    Memberi keyakinan diri dan memperkenalkan aktiviti berupa berenang, selam rekreasi, menyelamat di air, berkayak dan segala aktiviti yang melibatkan air.
3.    Menyalur segala bentuk keilmuan dan kemahiran dalam berekreasi termasuk ilmu kehutanan, alam semulajadi, ikhtiar hidup dihutan dan paya.
4.     Mewujudkan kerja berkumpulan dalam berekreasi (team work) tanpa mengira bangsa dan agama.
5.     Memberi pendedahan kepada peserta aktiviti-aktiviti rekreasi yang mampu dimanafaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat.


KURIKULUM/PERKHIDMATAN 
PENGISIAN DAN KURIKULUM PROGRAM
KURIKULUM TERAS

1)      Ketatanegaraan
2)       Kerohanian/Moral
3)      Senaman Pagi dan Kecergasan
4)      Khidmat Masyarakat
5)      Kekitaan dan kesejahteraan




KURIKULUM PILIHAN

AKTIVITI DARAT
AKTIVITI ARAS TINGGI
AKTIVITI AIR
LDK

1.Jungle Trekking
2.Ikhtiar hidup di hutan
3.Ikhtiar hidup di paya
4.Orientering
5.Night Walk
6.Pendengaran di waktu malam
7.Ikatan dan Simpulan
8.Mendaki gunung
9.Pandu arah
10.Bantu mula
11.Kawad kaki

1.Flying Fox
2.Mendaki Tebing
3.Abselling
4.Repelling

1.Scuba Diving
2.Snorkling
3.River crossing
4.Keyakinan di air
5.Merunut sungai
6.Berkayak
7.Berakit

1.Dinamik Games
2.Motivasi
3.Explorace
4.Ceramah
5.Jati diri


PAKEJ
*Perunding program motivasi
*Perkemahan Kem Ibadah.
*Pelancongan dan Rekreasi.
*Perkemahan Pelajar.
*Ekspedisi Berbasikal
*Berkayak Reakrasi
*Mendaki Gunung
*Kepimpinan dan Jati diri Pelajar
*Team Building
*Menguruskan Hari keluarga.
*Tursina Outdoor Adventure Consultant" terdiri dari beberapa jurulatih yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi mereka juga adalah penggiat sukan dan rekreasi di air dan darat.

ABD AZIZ BIN MOHAMAD
(Managing Director/Facilitator/Instructor)
Pernah berkhidmat dengan  pasukan khusus Malaysia  bertugas sebagai penyelia kursus dan jurulatih di pusat latihan khusus, menjadi jurulatih di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai penyelia operasi dan latihan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.  Di iktiraf Sijil Kepimpinan Luar Rekreasi Tahap Satu,Tahap Dua,Tahap Tiga,TOT tali tinggi dengan Persatuan Mendaki Malaysia dan Sijil Modul Fizikal oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.  Mempunyai kemahiran dalam bidang rekreasi luar mempunyai sijil Basic Trauma Life Support berkemahiran dalam CPR’Attachment’ dengan kerjasama Jabatan Pertahan Awam dan Hospital Melaka, berpengalaman dalam bidang scuba diving (PADI).
Tenaga penggerak pada latihan-latihan oleh Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan pernah bertugas sebagai pemantau di pusat latihan asas tentera darat (PUSASDA) selama 3 tahun.
Mempunyai kemahiran dalam bidang rekreasi seperti menyelam, pendakian gunung, berkayak, ikhtiar hidup di hutan dan paya,terjun payung dan perahu layar.  Pernah menganjurkan kursus-kursus Team Building bagi agensi kerajaan dan motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah.
















MOHAMAD IRWAN BIN MOHAMAD
(Fasilitator/Instructor)
Lulusan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Pengurusan Perhotelan. Mempunyai pengalaman dalam bidang selam scuba dan rekreasi.
Memiliki lesen Jurulatih Renang yang di iktiraf oleh Persatuan Renang Amatur Malaysia (Amateur swimming Union of Malaysia) dan Pingat Gangsa renang oleh Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (Life Saving Society Malaysia).
Berpengalaman dalam melatih pelajar selam scuba dengan memiliki Lesen Penyelam Scuba(open water), Advance Scuba dan Rescue Scuba dan Penyelamat Kelemasan Di Air.
Di iktiraf sebagai Provider Emergency Trauma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang di anjurkan bersama oleh Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tahun 2009.  Dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan CPR.
DI iktiraf Sijil Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap Satu,Tahap Dua dan Tahap Tiga oleh Kementerian Belia Dan Sukan.  Mempunyai kemahiran dalam bidang rekreasi seperti wall/rock climbing, pendakian gunung, kayak, water rafting dan pernah menjadi jurupandu pendaki di Gunung Ledang, Johor, di bawah Perbadanan Taman Negara Johor.  Pernah menganjurkan kursus Team building bagi agensi dan mempunyai kemahiran Ascending and Descending,serta kemahiran pengendalian tali.
Pernah menjadi Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam Modul Fizikal selama 2 tahun.
SITI MURNI BINTI M ZAWAWI
(Fasilitator/Motivator)
Lulusan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Kimia Petroleum (Sarjana Muda), Pemangkinan (Master Sains) dan semester akhir jurusan Kimia Fizik (Doktor Falsafah) di Universiti Malaya (UM).
Berpengalaman menguruskan perjalanan delegasi mesyuarat ke luar negara dan turut menjadi penterjemah sambilan dengan Badan Bukan Kerajaan antarabangsa “Humanatarian Dialogue Centre”, yang berpusat di Geneva, Switzerland.
Sebelum ini pernah menyertai kem Biro Tatanegara (BTN) dan perkhemahan “Eksplorasi Pulau Perhentian” pada tahun 2001 yang turut melakukan aktiviti berkayak dan mendaki bukit.